Kanak-kanak 5 Tahun Dibayar 24 Sen Dan Dicabul Lelaki Berusia 40 Tahun


Kes cabul kanak-kanak atau lebih dikenali sebagai pedofilia terus menjadi satu kes jenayah yang merisaukan ibubapa dan makin kerap berlaku.

Di Jakarta, kanak-kanak berusia 5 tahun dicabul oleh seorang lelaki dewasa berusia 40an dan diberi amaran dengan bayaran Rp 800 (24 sen) untuk menutup mulut setelah dicabul.

Suspek meminta mangsa yang sedang bermain dengan sepupunya untuk pergi ke rumahnya yang berhampiran dengan tempat mangsa berada.

Menurut ketua unit jenayah Polis Jakarta Selatan, Pesuruhjaya Kanan Bismo Teguh Prakoso dipetik oleh tempo.co "setelah mangsa berada ditempat kejadian, suspek bertindak mencabul mangsa selepas menanggalkan pakaian mangsa".

Suspek yang dikenali sebagai AWS telah berjaya ditangkap setelah ibu mangsa membuat laporan polis tentang kes cabul anaknya.