Selasa, 5 Disember 2017

Kanak-Kanak Berumur Berusia 2 Tahun Di Patuk Ular.


PERAK - Seorang kanak-kanak berusia 2 tahun dipercayai telah di patuk oleh seekor ular berbisa di Persiaran Putra 9, Bandar Baru Putra Ipoh, pagi tadi.

Kanak-kanak terbabit dipercayai di patuk haiwan berkenaan di ibu jari kiri dan kini mangsa sedang dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh.

Menurut sumber, setibanya mangsa di hospital, pihak hospital telah memasukkan tiub ke dalam mulut mangsa untuk membantu pernafasan sebaik melihat keadaannya lemah dan matanya kuyu menandakan saraf mangsa sudah terkena kesan bisa haiwan berkenaan.

Sepasukan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia(APM) di panggil untuk menangkap ular tersebut dan ular tersebut telah dibawa ke hospital bagi pengesahan jenis ubat.

Bagaimanapun, ular tersebut sudah dikenal pasti dengan nama saintifik Naja Kaouthia atau dalam istilah melayu ialah ular tedung senduk. Dan racun bisa spesies ini dikenali sebagai neurotoksin. Antara simptom-simptomnya ialah seperti sakit kepala, mual, dan juga keliru.

Pihak hospital telah memberi sebanyak 10 vials antivenom naja kaouthia 'vaksin rawatan' terhadap mangsa dan mereka berharap dapat menghilangkan kesan pada saraf mangsa. Buat masa ini kesan pada tempat patukan haiwan berkenaan masih diberi perhatian oleh pihak hospital. Sumber: APM Ipoh. Editor: Atila Atasha
loading...