Kanak-Kanak Maut Dicekik, Mayat Dikerat-kerat



Pedofilia – mangsa pedofilia seorang kanak-kanak berusia 10 tahun di bunuh serta mayatnya dikerat-kerat sebelum dibuang di merata-rata tempat di St Petersburg, Rusia.

Suspek Alexander Georgievskiy Berpura-pura berramah mesra dengan mangsa yang bernama Ruslan Korolev sebelum di ajak menaiki sebuah kereta api.

Alexander mengatur strategik mengumpan Ruslan untuk datang ke rumahnya mengunakan kek dan Vodka.

Ruslan termasuk perangkap telah pergi ke rumah suspek, suspek kemudian cuba meliwat mangsa tetapi mangsa melawan akan kehendak suspek, menyebabkan suspek marah.

Berang dengan Ruslan, suspek bertindak mencekik mangsa sehingga mati dan mengerat mayat mangsa kepada potongan-potongan kecil sebelum disembunyikan di beberapa lokasi di sekitar St Petersburg.

Ruslan kemudian dilaporkan hilang oleh keluarganya.

Beberapa hari kemudian, polis yang menyiasat kes tersebut menemui anggota badan Ruslan yang dikerat kepada potongan-potongan kecil di beberapa lokasi.

Hasil siasatan yang dilakukan, pihak polis berjaya mengenal pasti suspek kes tersebut berdasaran rakaman CCTV dan pihak polis berjaya menahan suspek.

Selepas ditahan, Alexander mengaku membunuh Ruslan dan mendedahkan lokasi-lokasi bahagian mayat mangsa disembunyikan.


Jika sabit kesalahan, suspek boleh dihukum penjara seumur hidup. Sumber: Mstar Online, Editor: Atila Atasha