Kastam Indonesia Tangkap Warga Malaysia, 2.3Kg Syabu Di Rampas


Sulawesi Selatan - SEORANG wanita warga Malaysia berumur 28 tahun ditangkap sebaik saja tiba di Pelabuhan Nusantara Parepare, Sulawesi Selatan, Indonesia bersama penumpang feri yang turun dari Nunukan Indonesia.

Pihak kastam Indonesia  merampas 4 bungkusan syabu dengan seberat 2.3kg ,3 bungkusan ditemui di ikat dililitan pinggang dan satu bungkusan lagi disembunyikan didalam seluar dalam subjek.

Semasa ditangkap suspek  keseorangan tanpa suami beliau. Wanita berkelahiran Tawau, Sabah itu ditangkap pada pukul 12 tengahari waktu Indonesia Barat bersamaan 22 Dis 2017(Jumaat).

Wanita yang dipanggil Siti itu seharusnya dijemput oleh suaminya sewaktu tiba dipelabuhan tersebut.

Namun tindakkan pantas pihak kastam yang bekerjasama dengan Polis Narkotik Sulawesi Selatan akhirnya membuahkan hasil  dan berjaya menangkap suami Siti tidak lama kemudian.

Butiran Tangkapan:-

Nama: ‎ Siti Zahrina
KP: 891030-XX-XXXX
Umur: 28 Tahun
Tempat Lahir: Tawau, Sabah (Malaysia)
Alamat: XX XXXX Taman Ria 3, Jalan Utara 91000 Tawau, Sabah
Tarikh dan masa Kejadian :
22 Dis 2017(Jumaat) Jam 1200HRS Waktu Indonesia Barat (wib)
Tempat Kejadian :Pelabuhan Nusantara Pare Pare, Sulawesi Selatan, Indonesia
RAMPASAN : 4) bungkusan syabu (ab: 2.3 KG)
M.O: Bodypack - (3) bungkusan diikat di lilitan pinggang dan (1) bungkusan disembunyikan di dalam seluar dalam sabjek.


RINGKASAN KEJADIAN
Sabjek telah di tahan di Pelabuhan Nusantara Parepare oleh pihak Kastam Indonesia sebaik tiba dari Nunukan Indonesia dengan feri penumpang KM Thalia. Pihak kastam dengan kerjasama Narkoba Polis Sulawesi Selatan telah membuat "controlled delivery" dan berjaya menangkap suami sabjek soerang lelaki Indonesia yang datang untuk menjemput sabjek. Mereka kemudian telah membawa pasukan polis ke sebuah rumah dan seorang lelaki Indonesia dipercayai anggota sindiket yg menerima dadah tersebut.