Sabtu, 16 Disember 2017

Kau Belanja Apa Sampai Banyk Itu Bodoh!!! Suami Maki Isteri Di Kaunter Depan Orang Ramai


Seorang pemilik akaun facebook telah berkongsi cerita di salah satu page laman sosial facebook  mengenai kisah benar  antara suami dan isteri yang berlaku di depan matanya.

Kejadian berlaku di pasaraya Mines Serdang di mana seorang suami memarahi isterinya tanpa belas kasihan sewaktu membeli barang keperluan rumah.

Penulis menceritakan ketika dia sedang beratur untuk membuat pembayaran ada sepasang suami isteri sedang membuat kiraan barang dan juruwang mengatakan mereka perlu membayar sejumlah rm275 untuk kesemua barang.

“Kau belanja ape je sampai banyak tu, bodoh!” kata-kata yang dikeluarkan oleh suami selepas      juruwang memberitahu jumlah bayaran  itu. 

Kelihatan wajah isteri kemerahan menahan malu akibat di tengking di depan orang lain yang sedang beratur di kaunter yang sama tetapi dalam masa yang sama suaminya hanya menghulurkan rm150 sebelum meninggalkan isterinya dikaunter untuk pembayaran.

Isteri lelaki itu memaklumkan kepada juruwang bahawa duit tidak cukup untuk membayar kesemua barang tersebut dan isteri hanya memilih beberapa barang yang penting sahaja seperti pempers, susu, beras dan telur.

Turut bersimpati melihat keadaan itu, penulis menawarkan diri untuk membayar baki untuk kesemua barang tersebut yang pada mulanya ditolak oleh wanita itu tetapi akhirnya akur untuk menerima pertolongan setelah dipujuk.

Saat itu, tanpa sedar penulis mengalir air mata melihat wanita itu mengambil kesemua barangan yang telah dibayar itu dengan berat hati dan terus berlalu bersama anak-anaknya.

Hati wanita itu mungkin terasa sakit dengan perlakuan suaminya yang langsung tidak menjaga air muka sehingga sanggup memarahinya di depan orang lain tambah lagi di tempat yang ramai orang.

Tujuan perkongsian cerita ini adalah untuk mengingatkan dan berpesan kepada kaum lelaki yang bergelar suami tentang kewajipan memberi nafkah kepada anak dan isteri kerana itu tanggungjawab wajib seorang suami.

Penulis turut menyatakan dia berasa bersyukur dengan rezeki yang cukup dan mempunyai suami yang bertanggungjawab memberi nafkah dengan baik. Sumber: Kisah Rumah Tangga Fans
Editor :Nsuhaili