Kebakaran Pagi Tadi Meragut Nyawa Warga Emas Dan Kanak-Kanak


Selangor - 13Dec 2017, Sepang, Kebakaran sebuah rumah di jalan tepi Laut Tanjung Sepat berlaku kira kira jam 6.00 pagi tadi tadi. Kebakaran tersebut meragut dua orang warga emas serta dua orang kanak kanak.

Pasukan Siasatan Tempat Kejadian (CSI) Polis Selangor mendapati terdapat kesan luka pada mangsa yang dipercayai tetakan pada tubuh tiga daripada mangsa tersebut.

Pasukan Forensik menjalankan siasatan dan mendapati kesemua mangsa dipercayai di bunuh kemudian di bakar. Siasatan di tempat kejadian tamat kira-kira 1.30 tengahari.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Azmi Osman berkata mangsa yang maut dikenal pasti sebagai Lim Mai Shak , 68, Chia Tee Nang 73, Chia Yuan Bin 3 serta Ryan Chia Zeng Xi 10 tahun.

Kebakaran keseluruhanya berjaya dipadam sekitar jam 7.44 pagi. Pihak polis berjaya menemukan beberapa bungkusan bahan bukti.

Punca kematian sebenar akan disahkan sepenuhnya selepas bedah siasat selesai.

Picture : JBPM Sumber: Info Roadblock JPJ/POLIS, Editor: Atila Atasha