Kecewa Dengan Permintaan Isteri, Suami Nekad Gantung Diri


AKIBAT – Seorang lelaki nekad menggantung diri selepas berlaku perselisihan faham dan kecewa isterinya minta cerai di sebuah rumah di Kampung Surau Pendek kota Bharu hari ini.

Lelaki berusia 28 tahun di temui pada jam lebih kurang 7.20 pagi oleh saudaranya yang kemudiannya memaklukan kejadia tersebut kepada pihak polis.

Mangsa tinggal dirumah berdekatan lokasi kejadian bersama isteri, seorang anak perempuan berusia setahun, serta ibu mentua dan empat orang adik ipar.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner Ismail Mat Sidik berkata, sebaik mendapat laporan, anggota polis pergi ke lokasi kejadian dan menemui lelaki tersebut yang sudah meninggal dunia.

Katanya, hasil pemeriksaan mendapati, mangsa hanya cedera di bahagian leher yang dipercayai kesan ikatan tali dan tiada terdapat kecederaan lain.

"Mangsa dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarga untuk urusan pengebumian.


"Kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya. Editor: Atila Atasha