Selasa, 5 Disember 2017

KEMBALILAH WAHAI DIRI


Wahai jiwa yang tenang, kembali lah kepada Allah S.W.T, kerana kasih Nya AR-Rahmah AR-Rahim sentiasa menanti hambanya yang berharap kepada Nya.

Kita sudah terlalu lama meletakkan pengharapan kepada manusia, menyangka manusia boleh membahagiakan kita, pengharapan yang rapuh, bagaimana harus meminta kepada manusia sedangkan mereka juga lemah seperti kita.

Kembalilah Berharaplah kepada Allah S.W.T, perbanyakan  berdoa, kerana hari itu hari yang sangat sulit. Saat sesak bertarung dengan sakaratulmaut…Rasulullah S.A.W juga tidak terlepas dari kesakitan sakaratul maut, Siapa lah kita ini.

Menghadapi alam kubur yang tak tahu samada cerah atau gelap, sempit atau lapang, digigit haiwan berbisa, ke kawah neraka atau taman syurga.

Seterusnya dibangkitkan dipadang mahsyar, pada hari yang panas, gelap..bingung, kita takda apa-apa dengan keadaan telanjang. Harta, anak-anak serta kawan karib tak mampu beri apa-apa, kita keseorangan berteman amal didunia. 

Seterusnya ketika menghadapi hari berhisab, bertahun lamanya berdiri dengan panas mentari sejengkal di kepala dan sesaknya manusia berbagai rupa, hanya Allah S.W.T, yang maha mengetahui keadaan huru hara di padang masyar nanti.

Menanti berhisab, mencari insan bernama Muhammad, mengharap teduhan arasy. Siapakah insan yang mendapat teduhan, hanyalah  7 golongan yang dijanjikan…semoga kita tergolong di dalam golongan tersebut.

kita mengharapkan kemaafan dari Allah S.W.T, ada doa yang kita ungkapkan selepas solat..berilah kemaafan ketika berhisab..anggota berbicara, mulut terkunci seribu bahasa..tiada yang mampu menyata tanpa keizinan dari Robbul Alamin.

Kita hanya ada dua tempat perhentian, sama ada  Syurga yang penuh kenikmatan atau Neraka yang penuh azab dan keperitan. Selagi ayat di kandung badan, pilih lah ke jalan kebenaran, moga syurga tempat kita beristirehat.

WAHAI JIWA YANG TENANG KEMBALILAH KEPADA ALLAH, BAGAIMANA HATI MAMPU BERGEMBIRA KETIKA MAUT MENGEJAR KITA. Editor : Atila Atasha


loading...