Kerana Anak Amyra dan Amar Dikecam Nitizen

kredit gambar :@gee.ef

Tindakan Amar Baharin, 32 dan Amyra Rosli, 26 merahsiakan wajah anaknya terus mendapat kecaman netizen yang mungkin tidak sabar hendak melihat wajah comel pasangan popular ini.

Namun pasangan ini bijak menangani kecaman yang sering di tinggalkan oleh netizen di ruangan komen di laman media sosial mereka.

Menurut Amar, perkara sebegini membuatkan mereka lebih matang untuk mengendalikan emosi masing-masing.

Amyra juga memilih untuk tidak pedulikan tentang kecaman tersebut dan dia lebih memberikan perhatian kepada anaknya dan dirinya yang sedang berpantang kerana khuatir boleh memberi kesan kepadanya sepanjang melalui proses berpantang itu. 

Mereka juga berpendapat bahawa netizen yang sering mengeluarkan  kata-kata negatif ini tidak memahami prosedur kontrak yang telah ditandatangani oleh pihak mereka.

Perasaan tidak sabar ingin berkongsi gambar putera sulung kepada orang ramai tetap juga ada tetapi mereka harus bersabar kerana sudah terikat dengan kontrak. 

Amar juga meluah rasa keliru dengan kehendak netizen yang sering mengeluarkan kata-kata negatif  gara-gara dia lambat berkongsi wajah anaknya di media sosial.

Amar berpendapat mungkin netizen sebegini mengharapkan kami membalas setiap kata-kata negatif yang telah ditinggalkan diruang komen instagram kami. 

Wajah Anaqi mula dikongsikan selepas tayangan rancangan The Adventure of Aqeef Amyramar pada 8 disember yang lepas dan mula dikongsikan sepenuhnya di laman media sosial instagram selepas episod ketiga rancangan realiti itu ditayangkan.

Amar dan Amyra telah mengadakan majlis cukur untuk anaknya yang diberi nama Aqeef Anaqi bertempat di Event Space Rosa, Wangsawalk Mall hari ini yang dihadiri seramai 200 orang tetamu dan turut dimeriahkan oleh anak yatim dari Rumah Anak Yatim Raudhatul Nurr Jannah, Gombak.
Sumber: Harian Metro Editor: Nsuhaili
kredit gambar ::gee.ef

kredit gambar :@gee.ef