Kerana Cinta Di Tolak, 4 Rakan Rogol Gadis Hingga Maut


INDONESIA - Seorang remaja lelaki dan tiga lagi rakannya bertindak kejam dengan merogol seorang gadis secara bergilir-gilir sebelum membunuh dan membuang mayatnya ke Sungai Cibogor Jawa.

Mangsa yang dikenali sebagai Siti Marhatusolihat, 18, dilaporkan hilang sejak dua minggu lalu sebelum mayatnya dijumpai pada Rabu.

Kejadian berkenaan terbongkar apabila suspek dikatakan cuba hendak melarikan diri dengan menggunakan motosikal yang pada waktu itu kampung tersebut digemparkan dengan penemuan mayat seorang gadis remaja.

 Manakala tiga lagi rakannya berjaya diberkas pihak polis atas kerjasama dari hasil maklumat yang diberikan oleh suspek utama,

Suspek membuat pengakuan bahawa dia menaruh hati kepada mangsa sudah lama, namun cintanya di tolak ketika dia meluahkan perasaannya yang ketika itu suspek ditemani oleh tiga lagi rakannya.

Disebabkan malu dan berangan dengan perkara tersebut, suspek bertindak menarik tudung mangsa dan mengheretnya ke tepi sungai Cibogor.

Setelah itu kaki dan tangan mangsa dipegang oleh tiga lelaki, manakala seorang lagi bertindak merogol mangsa, dan dipercayai mangsa dirogol secara bergilir-gilir.

Namun yang lebih kejam apabila mangsa turut dihentak dengan batu sebelum membenamkannya ke dalam sungai beberapa kali sehingga akhirnya mangsa meninggal dunia. Sumber: Eberita. Editor: Atila Atasha