Isnin, 11 Disember 2017

Kerana Gambar Seksi Tasha Shilla Dikecam Netizen.


Ramai juga dikalangan selebriti yang pernah menerima pelbagai jenis kecaman kerana berpakaian seksi diantaranya Izara Aishah, Zizi Kirana dan baru-baru ini lagi sekali ialah Tasha Shilla.

Pelakon Tasha Shilla atau nama sebenarnya Natasha Sheila Abdul Razak, 30 dikatakan telah mencetuskan kontroversi sekali lagi dengan memuat naik gambar hanya memakai seluar pendek paras punggung dan baju yang menampakkan bahagian bahu di laman Instagramnya.

Gambar yang dikongsi tersebut dengan kapsyen memaklumkan bahawa dia ingin bercuti di pantai menerima berbagai kecaman daripada netizen.

"Saya perlukan vitamin laut. Tiba masa untuk berjemur di bawah matahari," tulis Tasha

Ramai yang menganggap bahawa pelakon tersebut dikatakan sengaja menimbulkan kontroversi yang sama seperti dulu semata-mata hanya untuk menaikkan semula popularitinya 

"Sudah lama tak masuk berita panas. Sesekali nak naik rating semula dia buat lagi. Lama dah sendu! Masuk gambar seksi esok terkenal balik," komen netizen di Instagramnya.

Namun ada juga peminat Tasha yang bertindak menyelar semula netizen yang dikatakan hanya suka mengecam artis

Pada pendapat mereka, artis juga adalah seorang manusia dan berhak untuk menjalani kehdiupan seperti orang lain.

Tetapi ini bukan kali pertama Tasha Shilla berpenampilan seksi, bahkan sebelum ini dia pernah dikecam lebih teruk gara-gara berpakaian seksi juga. Tetapi dia memilih untuk berdiamkan diri. Sumber: Mstar  Online. Editor: Atila Atasha