Kerana Ganggu Ibu Tunggal Lelaki Di Hukum Penjara


PARIT – Tertuduh ditahan selepas dipercayai mengganggu seorang ibu tunggal dengan menghantar bahan berunsur lucah di kediaman wanita terbabit.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohamad Zainal Abdullah berkata, tertuduh telah mengumpan mangsa menggunakan bahan terbabit dengan tujuan untuk mengajak wanita itu melakukan hubungan seks dengannya.

Seorang buruh lelaki dijatuhi hukuman penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret Parit Perak di sini hari ini atas kesalahan mahu mengaibkan kehormatan seorang ibu tunggal berusia 52 tahun apabila memberikan sekeping DVD lucah dan kertas tulisan tangan mempunyai ayat tidak senonoh pada Jumaat lalu.

Tuduhan keatas, Megat Amir Asrul Megat Shaharuddin, 32, dari Kampung Bakong, Lambor Kiri, Bota di sini dijatuhi hukuman penjara selama enam bulan bermula dari tarikh tangkapan pada Sabtu lalu.  Selepas mengaku salah ketika pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Mohd Fitri Sadarudin.

Kesalahan itu dilakukan disebuah rumah di Kampung Bakong, Mukim Lambor Kiri, Bota pada jam 7.15 pagi hari berkenaan.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau dengan denda atau kedua-duanya.


Pendakwaan dilakukan oleh Pegawai Pendakwa, Inspektor Hamidah Hamzah manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Harbans Kaur. Sumber: Astro Awani – Editor: Amylea Nazrul