Sabtu, 2 Disember 2017

Kerana Lagu ‘Tak Tun Tuang’ Upiak Ditinggalkan Suami




Dalam hidup setiap orang pasti akan ada saat suka dan duka yang pernah dilalui. Namun siapa sangka di sebalik perwatakan lucu penyanyi lagu Tak Tun Tuang, Upiak atau nama sebenar Silvia Nanda pernah melalui detik hitam dalam hidupnya.

Menurut satu sumber, Upiak berkata dia pernah menangis selama tiga hari mengenang nasib dirinya ditinggalkan suami. Hubungan mereka juga tidak mendapat restu daripada keluarga mentua.
“Saya berkahwin pada tahun 2013 dan bercerai pada tahun 2015 kerana tidak keserasian serta keluarga mertua tidak menyukai saya.
“Lebih memilukan, selepas menjalani penggambaran muzik video lagu Tak Tun Tuang, suami menceraikan saya dan kemudian dia berkahwin dengan wanita lain, 


Jelasnya lagi, “keluarga mertua tuduh saya kurang siuman kerana lagu ini dan bermula daripada situ saya berazam membuktikan kepada mereka saya mampu bergelar penyanyi."
Dia juga ingin membuktikan kepada bekas suami bahawa dia mampu untuk mencapai impian sebagai seorang penyanyi. Upiak ditemui semasa sidang media Upiak Silvia Nanda Tak Tun Tuang  bersama MVM Production yang berlangsung di Hotel Royal, Kuala Lumpur pada Khamis lalu.
Sementara itu, Upiak memberitahu dia tidak menolak untuk terus bermastautin di Malaysia. Bagaimanapun, dia perlu mengambil kira beberapa faktor sebelum meneruskan kerjaya di negara ini.
“Saya selesa berada di Malaysia dan terasa seperti mahu terus tinggal di sini tetapi saya perlu fikirkan lagi tentang itu kerana masih ada keluarga yang memerlukan saya di kampung halaman,” katanya.
Upiak berkata dia tidak menyangka lagu Tak Tun Tuang tersebut tular di Indonesia, Malaysia dan Thailand. Malah, dia mengakui terkejut apabila mengetahui lagu tersebut mula popular setelah tiga tahun dirakamkan.
Upiak sudah merakamkan 15 buah album. “Saya tidak menyangka lagu ini akan jadi terkenal sampai ke tahap ini. Alhamdulillah, ini berkat doa saya dan keluarga.
“Sejujurnya, saya teruja berpeluang melebarkan bakat sampai ke negara orang dan secara tak langsung dapat membantu keluarga di kampung,” katanya.
Upiak memulakan karier sebagai penyanyi seawal usia 13 tahun dan merakamkan album sulung ketika berusia 21 tahun serta kini memiliki 15 buah album. Sumber : Mstar Online. Editor: Atila Atasha
loading...