Kerana Merajuk, Suami Bawa Diri....


BEIJING - Seorang lelaki menjadikan lapangan terbang Beijing sebagai rumahnya hampir satu dekad di hab udara kedua paling sibuk di dunia.

Wei Jianguo, 53 yang berasal dari Beijing dikatakan menikmati kehidupannya di lapangan terbang selepas bertindak meninggalkan rumahnya pada tahun 2008 kerana bergaduh dengan isterinya.

Dia juga telah memilih untuk menghabiskan harinya di Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing Capital dimana  mempunyai tiga teminal dan mengendalikan kira-kira 9.4 juta penumpang pada tahun 2016.

Lapangan terbang itu hangat dan selesa, kata Wei yang juga seorang penganggur.

Menurut video Pear, dia menjelaskan bahawa dia boleh minum dan makan mengikut kehendaknya.

Dalam pada itu, dia juga telah membina sebuah dapur mudah alih menggunakan periuk elektrik yang dibawanya dari rumah.

Dalam rakaman tersebut menunjukkan bahawa Wei sedang menyiapkan tempat tidur di atas lantai dengan menggunakan selimut.

Penganggur tersebut membawa beberapa barangan keperluan dari rumahnya dan meletakkannya di dalam sebuah troli.

Difahamkan, sebenarnya Wei boleh pulang ke rumahnya pada bila-bila masa, tetapi dia sendiri yang tidak mahu pulang ke rumah.

"Saya tidak dibenarkan minum di rumah," katanya.

Jelasnya lagi, dia telah menerima subsidi kerajaan berjumlah sekitar 1,000 yuan (RM620) pada setiap bulan. Sumber: Mstar Online. Editor: Atila Atasha