Kes Bunuh Di Stesen Minyak: Setakat Ini13 Individu Ditahan


JOHOR BAHRU - Seramai 13 individu ditahan pihak polis setakat ini yang melibatkan sembilan lelaki dan empat wanita bagi membantu siasatan kes bunuh di sebuah stesen minyak di Taman Pelangi, pada Ahad lepas.

Difahamkan, kesemua mereka berumur lingkungan usia 16 hingga 26 tahun, kata Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd.

"Pihak polis telah menahan seorang lelaki dan seorang wanita di Pulau Pinang manakala empat lelaki dan tiga wanita lagi berjaya ditahan di Singapura dengan bantuan pasukan polis Singapura.

Katanya dalam satu kenyataan, "terbaru, seramai empat lelaki telah ditangkap di kawasan Johor oleh Pasukan Siasatan Khas Polis Diraja Malaysia yang menjadikan jumlah keseluruhan tangkapan melibatkan sembilan lelaki dan empat wanita."

Pihak polis masih lagi menjalankan siasatan untuk mengesan dan mengenalpasti beberapa lagi suspek yang dikehendaki bagi membantu siasatan, kata Mohd Khalil.