Kes Culik Dan Rogol Remaja Perempuan, 7 Direman


KEDAH - Polis telah menahan seramai tujuh individu bagi membantu siasatan berhubung kes culik, rogol dan kurung seorang remaja perempuan dalam kejadian di sebuah rumah di Kuala Sungai yan dekat Yan.

Perintah reman tersebut dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Sungai Petani pada Jumaat, kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah SAC Mior Farid Al Athrash Wahid.

Katanya dalam kenyataan, suspek utama dalam kes berumur dalam lingkungan 50-an direman tujuh hari manakala enam lagi suspek berumur 20-an dan 50-an direman selama empat hari, kesemuanya berkuat kuasa pada Jumaat.

Mior Farid Al Athrash mengesahkan bahawa pihak polis menyelamatkan seorang gadis berusia 17 tahun yang dikurung dan dirogol di sebuah stor di sebuah rumah dekat yan pada jam 6 pagi Khamis.

Ekoran dari kejadian, polis telah menahan enam lelaki termasuk suspek utama yang mempunyai 33 rekod jenayah lampau serta dikehendaki bagi kes samun, kurungan salah serta memiliki senjata berbahaya selain melakukan ugutan jenayah. Sumber: mStar Online. Editor: Atila Atasha