Khamis, 7 Disember 2017

Ketua Jurulatih Kebangsaan Nelo Vingada Letak Jawatan.


PETALING JAYA - Nelo Vingada yang juga pengendali kelahiran Portugal bersama skuad Harimau Malaya telah meletak jawatan selaku ketua jurulatih kebangsaan berkuatkuasa serta-merta dan hanya mampu bertahan selama tujuh bulan.

Keputusan itu dibuat selepas beliau mengadakan perbincangan dengan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM). Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan bertanggungjawab di atas prestasi pasukan kebangsaan, jelasnya.

"Di atas rasa tanggungjawab dengan apa yang telah berlaku itu, saya dengan ini mengumumkan untuk melepaskan jawatan sebagai ketua jurulatih kebangsaan berkuatkuasa serta-merta."

Katanya lagi dalam satu kenyataan, "malah Tunku Presiden sendiri turut telah menerima keputusan yang saya buat ini."

Namun dalam pada masa yang sama, dua pembantunya, Joao Arnaldo Correia De Carvalho dan Fransisco Jose Bruto Da Costa turut bersama melepaskan jawatan mereka selaku penolong jurulatih dan jurulatih kecergasan skuad kebangsaan, kata Vingada.

“Akhir kata pada kesempatan ini, saya berharap dan berdoa agar bola sepak Malaysia kembali bersinar selepas ini.

Jelasnya lagi, "saya berbangga kerana dapat menjadi sebahagian warga bola sepak Malaysia biarpun dalam tempoh masa yang agak singkat ini."

Vingada dilantik sebagai ketua jurulatih dan diberi kepercayaan untuk mengembalikan semula kegemilangan bola sepak Malaysia pada 15 Mei lalu.

Namun beliau terus didesak untuk meletakkan jawatan yang disandang susulan prestasi buruk skuad kendaliannya.

Pada bulan lalu, skuad kebangsaan dimalukan 1-4 dalam kedua-dua perlawanan berkenaan di Buriram, Thailand dalam dua aksi kelayakan Piala Asia 2019 menentang Korea Utara.

Pada Oktober lalu juga dalam lima perlawanan terdahulu di bawah kendalian Vingada, skuad kebangsaan terus kemarau kemenangan selain tewas 0-2 kepada Hongkong dalam aksi kelayakan Piala Asia 2019.

Vingada yang mengambil tugas Datuk Ong Kim Swee pada sebelum ini turut menyaksikan anak buahnya kalah 1-2 kepada Lubnan dan seri 1-1 dengan Hong Kong pada aksi kelayakan Kumpulan B dan kalah 1-2 menentang Syria dan 0-1 kepada Myanmar dalam aksi persahabatan antarabangsa. Sumber: Mstar Online. Editor: Atila Atasha.
loading...