Komen Adi Putra Terhadap Isu Laporan Polis Bekas Isterinya


"Bekas isteri ada hak untuk membuat laporan polis," kata pelakon Datuk Adi Putra terhadap bekas isterinya keduanya, Norshahida Zolkifly mengenai pemalsuan sijil pernikahan mereka.

Jika laporan tersebut sudah dilakukan, dia tidak akan berada pada malam ini (mungkin ditahan polis), kata Adi atau nama sebenarnya Mohamed Haji Putera Halim, 36.

Jelasnya, "saya tidak ada komen. Saya adalah diri saya seperti mana umum kenal diri saya. Biarlah perkara itu berlalu dan itu hak dia.

"Kalau dah buat laporan polis, mungkin saya tak ada di sini dalam temu bual ini," katanya menerusi dalam satu temubual.

"Perkara ini saya anggap sebagai ujian dalam kehidupan. Bila diuji, ia bermakna Allah sayang kita," katanya.

Terdahulu, pada 30 November. bekas isteri kedua Adi, iaitu Norshahida, 34, telah membuat laporan di Balai Polis Nilai.

Kerana menurut Norshahida, Adi dikatakan memalsukan sijil nikah mereka pada awal Januari lalu untuk urusan visa dan perniagaan di luar negara.

Difahamkan, pelakon itu mengubah suai sijil nikah bersama bekas isteri pertamanya, Zuhaidah Yusof, 42 dengan meletakkan namanya dalam sijil nikah tersebut, katanya.

"Pihaknya mengesahkan menerima laporan tersebut dan siasatan sedang dijalankan, kata Timbalan Ketua Polis Daerah Nilai, Deputi Superitenden Azrul Hisham Mohd Shaffei.

Terdahulu, Adi mengesahkan dia tidak lagi mempunyai hubungan dengan kedua-dua isterinya menerusi satu temu bual pada 23 Mac lalu.

Dikatakan dia telah membuat pengumuman mengenai perpisahan itu menerusi laman Instagram..

Dimaklumkan bahawa Adi dan Zuhaidah berkahwin pada 14 April 2006 dan tidak dikurniakan cahaya mata sebaliknya mempunyai seorang anak angkat Zara Adela yang kini berusia lima tahun. 

Setelah itu Adi kemudiannya berpoligami selepas menikahi Norshahida Dzolkifly, 33 pada 20 Jun 2016. Sumber: Mstar Online. Editor: Atila Atasha