Khamis, 7 Disember 2017

Kurang 24 Jam, Suspek Kes Curi Kereta Ditahan


TAWAU - Seorang lelaki ditahan pihak polis selepas disyaki terbabit dalam kes curi kereta kurang dari 24 jam di Jalan Chester, pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi tu, lelaki warga asing yang berusia 31 tahun itu ditahan oleh sepasukan anggota Rondaan Cegah Jenayah (RCJ), kata Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komsioner Fadil Marsus.

"Suspek dikatakan memandu menghala ke Jalan Kuhara sebelum anggota RCJ terserempak dengan sebuah kenderaan yang dilaporkan hilang dicuri dari hasil maklumat yang diterima.

"Apabila menyedari kehadiran polis, suspek terus memecut untuk melarikan diri. Bagaimanapun, kereta yang dipandu suspek terbabas lalu merempuh penghadang jalan," katanya.

"Suspek kemudiannya ditahan dan ujian saringan air kencing mendapati dia postitif dadah, jenis Methamphetamin," kata Fadil.

katanya lagi, "perintah reman akan dimohon hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan."

"Perintah reman akan dimohon hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan," katanya. Sumber: Berita Harian. Editor: Atila Atasha




loading...