Lelaki Berdepan Hukuman Mati Kerana Bunuh Pencuri


seorang lelaki ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati ,kerana membunuh pencuri yang memecah masuk warung milik kakaknya di Seberang Jaya, Pulau Pinang, petang semalam.

Kejadia Sekitar jam 6.15 petang, mangsa berusia 30 tahun bersama dengan seorang rakannya sedang memasukan peralatan dapur ke dalam kenderaan sebelum suspek menghampiri mereka.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abd Hamid berkata, suspek cuba menghalang perbuatan kedua-dua lelaki itu, menyebabkan berlakunya pergelutan di antara mereka.

sebelum kejadian, di fahamkan, suspek berada di rumah, Seberang Jaya. Suspek menerima panggilan daripada kakak nya yang memaklumkan ada seorang lelaki yang sedang memanjat pagar warungnya di jalan Jelawat 4, manakala seorang lagi menunggu di dalam kereta.

Suspek tiba ke lokasi dan ternampak seorang lelaki berkenaan yang sedang memasukkan barang ke dalam kereta, suspek lalu pergi ke kereta tersebut untuk menghalang dan mengambil kunci kereta.

“Lelaki yang berada dalam kereta itu memegang baju suspek, manakala seorang lagi lelaki menerpa ke arahnya sehingga berlaku pergelutan antara mereka”.

“Suspek mendakwa, dua lelaki berkenaan melarikan diri, seorang daripada mereka dalam keadaan berdarah serta memegang pemotong besi. Mereka berlari ke arah stesen minyak berdekatan”.

“Mangsa melarikan diri, sebelum mayatnya ditemui di dalam parit berhampiran stesen minyak tidak jauh dari Lebuhraya Butterworth Kulim (BKE) pada jam 6.35 petang oleh orang ramai.

Siasatan di lokasi juga menemui pemotong besi, dompet serta telefon bimbit. Rakan mangsa dipercayai telah melarikan diri selepas kejadian tersebut.

Pemeriksaan pada mayat mangsa mendapati, terdapat kesan kecederaan di bahagian kepala dan badan. Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan Hospital Seberang Jaya (HSJ).

“Mangsa dikenali sebagai S Prince Jevadurai, 30, beralamat di Bertam”.

Susulan kejadian itu, suspek berusia 33 tahun kemudian tampil membuat laporan polis dan terus ditahan untuk siasatan lanjut. Sumber : E-Berita, Editor : John Castello