Bakal Isteri Di Tembak Lelaki Curang


Bangkok – Majlis perkahwinan lagi lima hari, pengantin lelaki menembak mati bakal isterinya kerana bakal isterinya tangkap suspek curang dengan wanita lain.

Pengantin lelaki bernama Ronnanchai Panchart, 25, mengaku membunuh bakal isterinya yang juga seorang pegawai pergigian.

Kejadian berlaku di Nontiya Krowjatturat awal Selasa lalu di daerah Tha Sae, wilayah Chumphon.

Perkahwin mereka sepatutnya berlangsung pada hari Ahad ini di Kampong mangsa yang terletak di daerah Sawi.
  
Menurut penyiasat, “Nontiya bertengkar dengan Ronnanchai selepas mangsa menemui lelaki itu bersama wanita lain di rumahnya.

“Nonthiya dibunuh pada jam lebih kurang 1 pagi dan mayatnya ditemui oleh rakan sekerja yang berkunjung ke rumah mangsa selepas mangsa tidak hadir bertugas.

“Rakan mangsa yang terkejut segera menghubungi polis selepas melihat kesan darah di luar rumah serta kunci pintu yang telah dipecahkan.


Polis yang membuat siasatan, menahan tunang mangsa, manakala seorang wanita dipercayai kekasih suspek turut ditahan. – Sumber: Hmetro, Editor: Atila Atasha