Lelaki Parah Disamun Berkumpulan


SUNGAI PETANI – Bukit Selambau seorang lelaki di serang oleh beberapa orang lelaki menggunakan parang dalam kejadian samun di kawasan tapak kilang malam tadi. Lelaki berusia 24 tahun itu mengalami kecederaan parah akibat di tetak.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Saifi Abdul Hamid berkata, Kejadian berlaku kira-kira pukul 9 malam, mangsa dikatakan manaiki motosikal seorang diri melalui kawasan tersebut untuk pulang ke rumahnya.

"Setibanya di kawasan kejadian, dia mendakwa dipukul oleh beberapa suspek yang menggunakan kayu dan parang. Suspek-suspek tersebut, dikatakan mengambil dompet mangsa sebelum melarikan diri.

“Walaupun dia mengalami kecederaan di beberapa anggota badan, dia gagahkan dirinya untuk menunggan motosikalnya sehingga ke rumah sebelum dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) oleh bapanya untuk menerima rawatan,” katanya dalam satu kenyataan.


“mangsa didapati mengalami luka di pipi kanan, tangan kanan dan belakang badan dipercayai akibat ditetak senjata tajam.

"Laporan polis kemudiannya dibuat oleh bapa mangsa yang berusia 49 tahun kira-kira pukul 1.04 pagi ini.

"Ekoran daripada itu, sepasukan anggota polis telah bertindak bermula pukul 2 hingga pukul 8 pagi ini bagi menahan 10 individu serta merampas enam motosikal, sebuah kereta, tiga bilah parang, sehelai jaket hitam dan dua topi keledar yang disyaki digunakan semasa kejadian," katanya.


kesemua tangkapan dibawa ke Mahkamah Majistret di sini untuk permohonan reman dengan kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan ketika melakukan samun. Sumber: Utusan Online, Editor: Atila Atasyah