Sabtu, 9 Disember 2017

Lelaki Simen Kepala Sendiri Dalam Ketuhar


UNITED KINGDOM - Seorang lelaki berusia 22 tahun yang juga merupakan seorang pengguna Youtube dipercayai memasukkan kepalanya didalam ketuhar gelombang mikro yang berisi bancuhan simen dalam kejadian di sebuah rumah di Fordhouses, Wolverhampton.

Difahamkan, mereka telah menghubungi Perkhidmatan Bomba West Midlands untuk mendapatkan bantuan dan mereka telah mengambil masa selama satu jam untuk mengeluarkan kepala lelaki itu.

Kata perkhidmatan tersebut, "rakan-rakannya berjaya memasukkan tiub udara ke mulut lelaki itu dalam usaha membantunya bernafas."

"Walaupun mungkin ada lihat ia sebagai kelakar namun lelaki itu boleh lemas atau cedera parah dengan mudah akibat bertindak sedemikian", kata Komander Shaun Dakin.

Menurutnya, "dia dan sekumpulan rakannya telah mencampurkan tujuh beg Polyfilla yang dituangkan di kepalanya yang dibungkus dengan beg plastik di dalam ketuhar gelombang."

"Ketuhar tersebut digunakan sebagai acuan dan suisnya tidak dihidupkan. Dipercayai bahawa campuran tersebut mengeras dengan cepat dan ketika kami dihubungi, mereka sudah cuba menyelamatkannya selama satu jam setengah."

Katanya, kru dari pasukan penyelamat teknikal membantu mengeluarkan ketuhar gelombang mikro itu.

Jelas Dakin lagi, "kami mengambil masa hampir sejam untuk membebaskannya."

Beliau berkata bahawa ini adalah satu panggilan bantuan yang menghalang kami daripada membanttu orang lain yang kemalangan atau benar-benar memerlukan bantuan dan semua kumpulan yang terlibat sangat menyesal. Sumber: Mstar Online. Editor: Atila Atasha