Mahasiswa IPT Terima Padah, Paksa Teman Wanita Onani Dalam Kereta


PERAK - Seorang mahasiswa mengalami nasib malang apabila dia dicabul rakan sekuliah selepas keluar bersama untuk mengulang kaji pelajaran di Kompleks Canselor.

Dalam kejadian jam 12 tengah malam, mangsa yang merupakan pelajar Kejuruteraan Mekanikal tahun pertama di sebuah institut pengajian tinggi itu dipaksa melakukan onani terhadap lelaki itu ketika kereta jenis Suzuki Swift dinaiki mereka sedang bergerak sebelum mangsa dicabul.

Lelaki tersebut yang merupakan pelajar tahun ketiga di institut pengajian tinggi yang sama mengambil mangsa di tepi asramanya untuk ke Kompleks Canselor namun dia telah mengubah haluan ke sebuah kedai serbaneka 24 jam di Batu Gajah, kata Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohamad Zainal Abdullah.

Difahamkan, suspek mula bercakap lucah ketika dalam perjalanan ke kedai serbaneka itu.

Katanya ketika dihubungi, "dia kemudiannya telah membeli minyak bayi dan memaksa mangsa melakukan onani di dalam kereta yang sedang bergerak."

Tambah Zainal lagi, suspek kemudiannya memberhentikan kenderaan di tepi jalan dan mula mencabul mangsa sebelum menghantarnya kembali ke asrama. Sumber: Uutsan Online. Editor: Atila Atasha