Makan Abu Mayat Ibu Kerana Terlalu RIndu


LONDON - Seorang wanita bertindak menjamah abu mayat ibunya sendiri sebagai santapan Krismas tidak lama lagi bagi memastikan dia sentiasa berada di sisi wanita yang meninggal dunia pada Mei lalu oleh kerana terlalu rindu.

"Dia mahu menjadikan abu mayat ibunya itu sebagai 'perencah' hidangan ayam belanda dan puding sebagai pencuci mulut yang bakal dihidangkan sempena perayaan itu, kata Ibu beranak dua, Debra Parsons, 41.

Difahamkan, sejak kematian ibunya, Doreen Brown, dia telah mengambil sesudu abu mayat setiap hari supaya berasa rapat dengan mendiang dan keinginan itu semakin membuak apabila terpaksa menyambut Krismas bersendirian.

Katanya lagi, "hanya itu dapat membantu saya melalui sambutan Krismas pertama tanpa kehadiran ibu."

“Orang mungkin menyangkakan saya gila atau tidak menghormati mendiang tetapi saya tidak boleh berhenti melakukannya.

Jelas Parsons, "saya melihatnya dari sudut positif supaya hubungan kami lebih rapat dan dia sentiasa bersama keluarga. Saya rasa dia turut hidup apabila sebati dengan diri saya dan bernafas melalui tubuh saya. Nafas saya adalah nafasnya."

Doreen meninggal dunia akibat sesak nafas selepas dia mengalami jangkitan di dalam dada.

Ia adalah kematian kedua yang Parsons terpaksa hadapi selepas kehilangan anak lelakinya pada Krismas 1996 yang dilahirkan pramatang.

Dia juga dikatakan mengalami kesukaran menerima kematian itu selama bertahun-tahun dan kematian ibu lebih memburukkan keadaan.

Jelasnya lagi, "saya dan ibu mempunyai hubungan yang sangat rapat dan tiada apa yang boleh memutuskannya walaupun kematian."

“Saya dan ibu mempunyai hubungan yang sangat rapat dan tiada apa yang boleh memutuskannya walaupun kematian,” katanya.