Manchester City, Arsenal Mara Separuh Akhir


LONDON - Kelab Manchester City dikatakan nyaris tersingkir daripada saingan Piala Liga apabila kelab tersebut sekadar mengatasi Leicester City menerusi penentuan penalti 4-3  di peringkat suku akhir yang berlangsung di Stadium King Power.

Pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) itu dilihat gagal mempamerkan taring sebenar sepanjang saingan yang menyaksikan kedua-dua pasukan terikat 1-1 selepas tamat 120 minit masa permainan, berikutan strategi Peg Guardiola yang bertindak merehatkan sembilan tonggak yang jelas hampir memakan diri.

City dan Leicester yang juga pernah menjulang trofi berkenaan sebanyak tujuh kali tampil dengan motivasi tinggi sepanjang perlawanan itu meskipun Guardiola serta rakan sejawatnya, Claude Puel sekadar membariskan skuad kedua.

Namun di sebalik rombakan besar-besaran itu, The Citizens tetap menunjukkan aksicemerlang terutamanya menerusi bintang muda England iaitu Phil Foden yang dikatakan memiliki dua peluang terbaik untuk mencetak nama selaku penjaring.

Dalam perlawanan tersebut, skuad yang dikendalikan oleh Guardiola terlebih dahulu di depan tuan rumah menerusi sentuhan Bernado SIlva pada minit ke-26, sebelum leicester bangkit di babak kedua dengan penyerang gantian, Jamie Vardy menyamakan kedudukan 1-1 di hujung saingan untuk mengheret perlawanan ke masa tambahan.

Kebangkitan dramatik tuan rumah tersebut bagaimanapun gagal diteruskan dalam penetuan penalti apabila Vardy dan Riyad Mahrez gagal menyempurnakan tendangan sekali gus memberi kelebihan kepada pelawat untuk mara ke separuh akhir.

Arsenal juga turut mara setelah melakar kemenangan tipis 1-0 ke atas West Ham di Stadium Emirates sekali gus memastikan dua aksi separuh akhir bakal berlangsung sengit apabila membabitkan empat pasukan 'Big Six' bola sepak Inggeris

Danny Welbeck, penyerang The Gunners membuat jaringan tunggal pada minit ke 42 telah cukup untuk memusnahkan impian anak buah David Moves.

Chelse dikatakan bakal menanti kehadiran Bournemouth di Stamford Bridge manakala dua lagi aksi suku akhir dijadualkan berlangsung awal pagi esok waktu Malaysia dengan Manchester United akan berkunjung ke Bristol City. Sumber: Utusan Online. Editor: Atila Atasha.