Manchester City mencatat kemenangan terbanyak Liga Perdana


LONDON- Manchester City yang di kendalikan Pep Guardiola, mencatatkan rekod kemenangan baru liga perdana Inggeris di awal pagi tadi menewaskan Swansea City.
Manchester City menjulang kemenangan ke 15 secara berturut-turut hasil kemenangan 4-0 ke atas Swansea City yang di rekodkan selepas di jenamakan kembali sebagai Liga Perdana Inggeris pada 1992.

Manchester City sebelum ini pernah menduduki tangga kedua dan keempat apabila berterusan mencatatkan rekod cemerlang.

Pada musim Liga Perdana Inggeris ke 13 dan 14, Arsenal telah melakar rekod kemenangan terbanyak berturut-turut yang membolehkan mereka menjulang piala FA dan gelaran liga buat kali kedua di bawah Arsene Wenger tetapi kini lebur di tangan City.

Pengurus City, Guardiola menebus kesilapan pada kempen keduanya dengan membawa kelab itu jauh ke puncak liga hasil gaya pemain penyerang terbaik pernah disaksikan bola sepak Inggeris.

City hanya tercicir dua mata sejak awal musim, seri 1-1 dengan Everton pada perlawanan kedua dan meledak 52 gol dalam 17 perlawanan setakat ini.



Sentuhan berbisa Kevin De Bruyne, David Silva, Raheem Sterling dan Sergio Aguero membantu City mencatat kemenangan hebat. Sumber : Berita Harian, Editor