Rabu, 13 Disember 2017

Manchester : Mourinho Menafikan Dakwaan!!!



MANCHESTER - Jose Mourinho telah menafikan dakwaan bahawa pemain Manchester United yang menjadi punca kepada tercetusnya kekecohan sebaik berakhirnya aksi tetangga Manchester di Old Trafford, pada Ahad lalu.

Namun buat masa ini FA England sedang menyiasat bahawa dakwaan yang mengaitkan 15 individu terbabit dalam insiden itu yang difahamkan berpunca daripada tindakan Mourinho mengarahkan pemain Manchester City merendahkan suara sewaktu meraikan kemenangan berkenaan.

Bagaimanapun tindakan itu mengakibatkan Mourinho dibaling dengan sekotak susu sebelum barisan pemain dan staf kedua-dua pasukan mula bertengkar yang mana menyaksikan jurulatih City, Mikel Arteta mengalami kecederaan di bahagian bawah mata akibat terkena botol plastik.

Apabila ditanya mengenai laporan yang mengatakan botol air terkena Arteta yang dilempar oleh penyerang United, Romelu Lukaku, Mourinho berkata, "tunjukkan bukti dan hukumlah dia."

Pep Guardiola iaitu pengurus City yang mana pasukannya telah memenangi perlawanan 2-1,  mempertahankan barisan pemainnya, walaupun dalam pada masa yang sama turut memohon kepada United.

Namun beberapa kakitangan City mendakwa bahawa salah seorang ahli fisioterapi mereka turut ditumbuk semasa insiden itu, namun ia segera dinafikan United.

Kata Mourinho, beliau pasti pemainnya tidak melakukan perkara yang tidak diingini itu.

"Saya tahu, kata pengurus United. "Saya tidak yakin: saya tahu."

"Saya fikir anda bekerja untuk kelab satu lagi dan bukannya untuk organisasi media," kata Mourinho apabila ditanya wartawan adakah beliau bimbang terhadap sebarang bentuk hukuman.

Sementara itu, FA England memberikan tempoh kepada kedua-dua kelab sehingga 6 petang pada waktu tempatan hari ini untuk mengemukakan hujah sebelum memutuskan keputusan. Sumber: AFP.