Khamis, 14 Disember 2017

Maut Terkena Tembakkan, Bapa Dan Anak Ditahan


ALOR SETAR - Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun dan bapanya ditahan polis bagi membantu siasatan kes seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun maut terkena tembakan dalam kejadian di Kampung Empa, Mukim Derang, Pokok Sena pada pagi Rabu.

Pihaknya turut merampas selaras senapang patah daripada mereka, kata Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komsioner Mohd Rozi Jidin.

"Namun berdasarkan temu bual dengan saksi, kami percaya kanak-kanak perempuan itu terkena tembakan senapang patah yang dibawa oleh remaja lelaki tersebut.

Katanya dalam satu kenyataan, "Difahamkan bahawa senapang patah itu adalah milik moyang remaja lelaki berkenaan yang dibawa balik oleh bapanya yang berusia 50 tahun bagi tujuan menembak tupai. Beliau juga berkata bahawa senapang itu mempunyai lesen yang sah dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Ketika kejadian 11 pagi itu, mangsa, Puteri Intan Sharini Mohd Hishamuddin yang sedang menonton televisyen di rumah datuknya maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di bahagian kiri mukanya akibat terkena tembakan senapang patah. Sumber : Mstar Online. Editor: Atila Atasha.