Mayat Tergantung Di Jambatan Lebuh Raya


LA PAZ, MEXICO: Enam mayat tergantung di jambatan di Baja California, sebuah wilayah pelancongan yang terkenal di Mexico dengan keindahan pantainya dan sering menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negeri.

Mayat tersebut di temui di sepanjang laluan lebuh raya menuju ke lapangan terbang antarabangsa di La Paz. Kawasan Resort Pasific itu, sangat popular di kalangan rakyat Amerika, Kanada dan Eropah.

Difahamkan, dua mayat digantung di tiga buah jambatan, kata orang tempatan dan setakat ini, pihak berkuasa masih belum mengenal pasti identiti mangsa.

Rekod mencatatkan sejumlah 409 orang di bunuh di kawasan tersebut dari Januari hingga Oktober dan jumlah ini meningkat lebih dua kali ganda berbanding rekod pada tahun 2016.

Kawasan tersebut juga sering menjadi saksi pertempuran antara kumpulan dadah yang berebut laluan dan kawaan untuk mengawal dan memasarkan dadah.


196,000 orang terbunuh dicatatkan pada 2016 apabila kerajaan persekutuan melancarkan ‘Operasi Antidadah’ yang di ketuai pasukan tentera penggempur kontroversi. Sumber Berita Harian Online, Editor: Atila Atasha