Sabtu, 2 Disember 2017

Mayat Wanita Ditemui Dalam Dalam Guni.


MIRI - Penemuan mayat seorang wanita tanpa sebarang identiti diikat di dalam sebuah guni dijumpai terapung di Sungai Miri pagi tadi.

Difahamkan, mayat itu dijumpai nelayan terdampar di tebing sungai sebelum dimaklumkan kepada pihak polis dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Miri untuk tindakan lanjut.

Namun jurucakap polis berkata, tiada sebarang kad pengenalan diri dijumpai pada badan mangsa dan polis masih menyiasat kes itu.

Katanya, "mayat itu sudah dihantar ke rumah mayat Hospital Miri untuk bedah siasat."

Enam anggotanya dihantar ke lokasi mayat itu dijumpai untuk membantu polis mengeluarkan mayat dari Sungai Miri, kata Pegawai Kanan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Lopeng, Jimmy Suhaili. Sumber: Berita Harian Online. Editor: Atila Atasha



loading...