Mayat Wanita Ditemui Dalam Keadaan Separuh Bogel Di Bawah Jejantas.


KLANG - Mayat seorang wanita tanpa pakaian ditemui di bawah jejantas di Jalan Raja Nong, berhadapan Sekolah Kebangsaan Kampung Jawa 2.

Mayat berkenaan ditemui oleh seorang lelaki yang melalui kawasan tersebut kira-kira jam 7.30 pagi, kata Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli.

Katanya, polis yang ke lokasi kejadian menemui mayat wanita berusia 37 tahun, dengan kesam lebam di mata kanan dan terdapat benjolan di dahi.

Katanya dalam kenyataan, ""mangsa tidak berbaju dan seluar pendek serta seluar dalam yang dipakai mangsa dilondehkan sehingga buku lali kiri."

Jelasnya lagi, pihaknya belum dapat mengesahkan sama ada mangsa dirogol sebelum dibunuh.

Pihaknya percaya bahawa wanita itu dibunuh di kawasan lain sebelum mayatnya dicampak di bawah jejantas itu, berdasarkan kepada tiada bukti lain ditemui disitu, kata beliau.

Hasil daripada siasatan awal berdasarkan kepada cap jari mendapati, mangsa adalah warga tempatan yang beralamat di Pandamaran.

Selain itu, mangsa juga pernah ditahan bersabit kes dadah mengikut Seksyen 9 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Difahamkan, mangsa sudah bercerai dan mempunyai dua anak perempuan yang dijaga oleh adik kandungnya di Shah Alam.

Sebelum ini pada 10 Mac lalu, adik kandung mangsa ada membuat laporan polis untuk memelihara anak mangsa ekoran wanita itu sudah hilang sejak 2015 manakala mayat mayat dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk bedah siasat.

Sementara itu, beliau juga mengesahkan pihaknya sudah melakukan tangkapan membabitkanseorang lelaki berusia 54 tahun yang juga dipercayai rakan serumah mangsa.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Sumber: Berita Harian Online. Editor: Atila Atasha