Jumaat, 8 Disember 2017

Muka Cantik Tapi Sayang Tipu Jual iPhone 7


GUA MUSANG - Seorang gadis berusia 20 tahun dihadapkan ke Mahkamah Majistret di atas pertuduhan menipu seorang pelajar membabitkan wang sebanyak RM2,000 untuk membeli Iphone 7 melalui laman Mudah,My pada Mei lalu.

Yusnani Mohd Yusof, 20 mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Mohd Rosly Mohamed Nawi.

Yusnani yang berasal dari Kuantan, Pahang didakwa memperdaya Noratirah Adila Muhairi, 17, yang beralamat di Nombor 30, Perumahan Banjir Kampung Tiong di sini supaya menyerahkan wang sebanyak RM2,000 kepadanya melalui akaun Bank Simpanan Nasional (BSN).

Difahamkan, wang tersebut bertujuan untuk pembelian telefon Iphone 7 yang tidak wujud pada 6 dan 7 Mei lalu melalui laman Mudah.My.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohd Waffiy Ismail manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Tertuduh yang juga bekerja sebagai jurujual dan masih bujang didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum sepuluh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. Sumber: Kosmo. Editor: Atila Atasha
loading...