Nak Berniaga Tak Salah, Tempat Yang Akak Pilih Mungkin Jadi Masalah


Peniaga yang berniaga tepi jalan semakin ramai, tumbuh bagai cendawan selepas hujan kerana faktor utama ialah mudah, murah dan ringkas walaupun sebenarnya keadaan itu tidak memberi keselesaan kepada pengguna jalan raya.

Dan itu lah terjadi kepada seorang peniaga wanita yang didakwa berniaga di tepi jalan dan turut tular yang dimuat naik di laman media sosial baru-baru ini.

Difahamkan, wanita berkenaan menjual makanan di tepi jalan namun tempatnya dikatakan tidak sesuai kerana boleh mengundang kemalangan.

Dia juga telah meletakkan kenderaannya di persimpangan jalan manakala anaknya pula duduk di bahagian belakang kereta dengan bonetnya terbuka.

Hal tersebut boleh menjejaskan pengguna lalu lintas dan juga membahayakan nyawa wanita itu serta anaknya.

Menurut sumber kejadian tersebut dikatakan berlaku di Johor.

Peniaga tersebut boleh mencari tempat yang lagi sesuai dan selamat untuk berniaga. Mencari rezeki memang tidak salah tetapi biarlah bersesuaian dengan tempat agar tidak membahayakan nyawa diri sendiri dan orang lain. Editor: Atila Atasha