Nasib Jackie Chan Anak lelakinya Penagih, Anak Perempuannya Hampir Bunuh Diri


Jika orang bercakap mengenai filem aksi, pasti ada yang akan terfikir aktor Jackie Chan salah seorang yang sering memegang watak dalam filem-filem aksi yang sentiasa mendapat sambutan tontonan yang tinggi di seluruh negara dan seharusnya semua golongan mengenali aktor dari Hong Kong ini.

Pernah tular satu cerita yang menjatuhkan reputasi Jackie Chan sehingga dia sukar untuk mendapatkan tawaran berlakon di media satu masa dahulu.

Kisah  Jackie Chan mempunyai anak hasil hubungan sulit dengan Elaine Ng yang pada mulanya tidak mahu mendedahkan siapa bapa kepada bayi yang dikandungnya sehingga sampai masanya, Elaine Ng membuat satu pendedahan tentang bapa bayi tersebut seperti yang dijangka ianya anak hasil hubungan sulit dengan Jackie Chan.

Ekoran dari kisah tersebut sehingga menjatuhkan reputasinya sebagai pelakon yang terkenal, Jackie Chan yang merasakan dirinya terperangkap dengan kisah sulitnya itu cuba menjernihkan keadaan dengan memohon maaf atas kesilapan yang dilakukan itu tetapi kebenciannya terhadap Elaine Ng membuatkan dia tidak dapat melihat anak itu membesar.

Kanak-kanak perempuan itu sehingga hampir 16tahun lamanya malah anak itu juga tidak mengakui bahawa dia adalah Jackie Chan walaupun Jackie pernah mengeluarkan kenyataan bahawa anak itu anak kandungnya dan pernah menyatakan dia berasa teramat bersalah dengan anak perempuannya kerana telah mengabaikannya terlalu lama tetapi berharap suatu hari nanti anak perempuannya akan memahami situasi sebenar.

Jackie sering kali cuba mengelak dari di soal tentang anak perempuannya itu tetapi pernah suatu ketika dia menyedari terlalu lama dia mengabaikan anak perempuannya, Jackie merasakan kerinduan kepada anak perempuannya sehingga ketika cuba membawa watak sebagai seorang bapa kepada seorang dia terlalu menghayati watak itu sehingga menitiskan air mata.

Jackie bukan sahaja mengabaikan si anak hasil dari hubungan sulit itu, tetapi disebabkan kesibukan mengejar karier yang tidak pernah putus Jackie turut tidak punya masa untuk memberi perhatian yang lebih kepada anak lelakinya yang dikenali sebagai Jaycee Chan. 

Anak lelakinya,  Jaycee pernah ditangkap kerana menggunakan ubat yang terlarang dan Jaycee menulis satu surat sebagai permohonan maaf kepada Jackie tentang kelakuannya itu.

Anak lelakinya menyatakan bahawa Jackie kurang menghabiskan masa bersamanya sehingga menyebabkan dia tersilap memilih kawan yang boleh menjerumuskan dia dalam penglibatan ubat-ubat yang terlarang yang boleh mengurangkan tekanan yang dialaminya sehinggalah Jaycee tertangkap bersama ubat-ubat itu.

Di saat Jackie pernah menafikan bahawa anaknya pernah terlibat dengan ubat-ubat terlarang itu tetapi kenyataannya Jaycee telah terjerumus selama 8 tahun.

Belum reda lagi kisah anaknya yang tertangkap dengan ubat terlarang, jika Jackie terpaksa berhadapan dengan kisah anak perempuannya hampir bunuh diri kerana tekanan yang teruk sehingga perlu dirawat dengan doktor.

Kisah permasalahan anak-anak Jackie ini menunjukkan kegagalan Jackie menjalankan tanggungjawab sebagai seorang bapa dan tiada siapa sangka disebalik kejayaan Jackie sebagai aktor filem aksi, Jackie mempunyai satu masalah mungkin berat untuk ditanggungnya sendiri.

Diharap Jackie Chan mampu membetulkan setiap permasalahan anak-anaknya seperti mana kejayaan Jackie dalam bidang lakonan. Editor: Nsuhaili