Jumaat, 1 Disember 2017

Netizen Kecam Nonny Nadirah Tidak Pulang Ketika Bapanya Meninggal.


BEKAS pelajar Akademi Fantasia musim ke-5 (AF5) Nonny Nadirah kecewa kerana dikecam tidak pulang ke kampung ketika bapanya meninggal dunia.

Nonny memberitahu menerusi akaun Istagram (IG), dia bukan sengaja tidak pulang ke kampung tetapi dia tidak sempat oleh kerana penerbangannya tiba lewat.

Lebih memilukan ketika Nonny sampai, segala urusan jenazah sudah pun selesai dan arwah bapanya telah dikebumikan. 

Dia hanya sempat melihat pemergian bapanya hanya menerusi 'Video Call' sahaja, katanya.

Bagaimanapun, Nonny penyanyi serta pelakon dari sabah akui dia terpaksa reda dengan pemergian bapanya.

Luahan dari hati Nonny:

nonny nadirah Sakit sangat sangat.. aku redha.. tapi... aku x sempat jumpa.. Ya Allah rasa sakit & sedih tu sampai skrg.. time kerja, time tgh sembang, tgh gelak, tgh driving, bila2 masa lah.. airmata tu sendiri jatuh x henti.. aku nak jumpa.. tapi x sempat... mama... kenapa sakit sgt... aku rasa mcm arwah masih ada.. dari pagi aku & adik aku cari flight utk blk kampung, petang baru dpt.. sampai je semua dah selesai.. orang boleh ckp ”eh bapa kau meninggal apasal x balik?” diorg xtau mcm mana payah aku pegi cari tiket nak blk sbb masa tu semua flight dah full.. bukan 1 airport aku pegi, check online, semua aku cari.. tapi org boleh ckp mcm tu.. diorg xtau cerita sebenar.. aku sempat video call je.. sedih kan?..
petanda yg sgt sakit, masa tu tgh shooting cerita Cinta Hati Abah..
Lagu ni sgt bermakna buat aku, aku buat mmg utk arwah..
terima kasih akak..terima kasih abg...
aku kerja jauh dari keluarga, aku dtg sini cari rezeki utk tlg keluarga aku.
ada dua : arwah nenek & arwah bapa.. aku x sempat jumpa...

Kita tidak mengetahui apa di sebalik Yang terjadi, Jagan lah kita cepat menghukum.
Aditor:Atila Atasha
loading...