Niat Nak Menyorok, Namun Akhirnya....





BERLIN - Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan dipercayai terkurung di dalam peti keselamatan selepas bermain sembunyi-sembunyi di rumah datuknya.

Dalam kejadian di Lichterfelde, Berlin, budak lelaki tersebut dikatakan sedang bermain dengan abangnya ketika dia menjumpai tempat persembunyian itu.

Namun malangnya, pintu keselamatan yang tidak digunakan tersebut tertutup dan menyebabkan dia terkunci dari dalam.

Apabila tempat persembunyiannya telah diketahui, dia masih belum boleh diselamatkan kerana datuknya sahaja yang mengetahui tentang kod kemasukan kod keselamatan tersebut tetapi datuknya berada di luar kawasan.

Oleh kerana tiada pilihan lain, keluarga kanak-kanak tersebut terpaksa meminta bantuan daripada pasukan bomba.

Difahamkan, ia juga telah mengambil masa selama tiga jam untuk menguji tarikh kelahiran keluarga dengan harapan dapat membuka kod kemasukan rahisa peti keselamatan itu sementara oksigen dipam ke dalam peti keselamatan melalui retakan kecil sebagai langkah berjaga-jaga.

Namun pada ketika pasukan penyelamat mahu memecahkan peti keselamatan tersebut, tiba-tiba mereka berjaya membuka peti dengan memasuki kod enam angka yang betul.

Kanak-kanak itu kelihatan tenang sepanjang kejadian itu berlaku dan berasa terkejut namun dia tidak mengalami sebarang kecederaan, kata anggota bomba yang terlibat. Sumber: Sky News. Editor: Atila Atasha