OPS Cantas Johor : 257 Diperiksa Dan 31 Ditahan


JOHOR - Pihak polis dari Unit Jabatan Siasatan Jenayah telah melancarkan Operasi Cantas Khas pada 22 Disember 2017 bagi membanteras kegiatan jenayah gang kongsi gelap di seluruh Kontinjen Johor.

Operasi ini menyasarkan premis-premis atau pusat hiburan yang disyaki menjadi tempat pertemuan ahli-ahli kongsi gelap bagi membanteras, menghalang serta melumpuhkan kegiatan yang terdiri daripada jenayah kekerasan, jenayah jalanan dan jenayah bersindiket yang melibatkan semua jenis unsur jenayah.

Ketika serbuan yang dibuat bermula jam 12 pagi sehingga jam 6 pagi, seramai 257 orang telah diperiksa dan seramai 31 orang telah ditahan atas pelbagai kesalahan.

Mana-mana kumpulan yang cuba menimbulkan kekacauan dan ketakutan kepada masyarakat, pihak polis akan mengambil tindakan tegas.-Sumber: Polis Johor Editor Atilia Atasha