Parang Panjang Di Laher Ayah


KUALA TERENGGANU – Seorang lelaki mengacu parang sambil mengugut mahu membunuh ayahnya apabila di tegur tindakannya membakar kerja di dalam rumah dalam kejadian di Kampong Tebauk, Gong Badak.

Kejadian jam lebih kurang 7.30 pagi itu, suspek berusia 36 tahun, naik hantu apabila mangsa berusia 67 tahun menegur tindakannya selepas melihat kesan terbakar di dalam bilik suspek.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Wan Abd Aziz Wan Hamzah berkata, mangsa dikatakan masuk ke dalam bilik suspek dan ternampak kesan kertas terbakar di dalam bilik anaknya.

“Melihatkan keadaan Tersebut, mangsa menegur tindakan suspek yang dilihat boleh menyebabkan rumah mereka terbakar, mangsa tidak menduga tegurannya itu mengundang kemarahan suspek.

“Suspek yang tidak dapat menerima teguran tersebut mengamuk sebelum mengambil sebilah parang yang ada di dapur lalu mengacukan senjata itu ke arah leher mangsa.

“suspek yang juga terlibat didalam penagihan dadah turut mengugut mahu membunuh warga emas itu,” katanya.

“mangsa berjaya merampas parang yang dipegang suspek, dan menyimpan senjata tersebut di dalam bilik kerana bimbang kejadian tidak diingini berlaku.

“mangsa memaklumkan kejadian seumpama itu sering kali berlaku terutama ketika anaknya berada dalam pengaruh dadah menyebabkan dia dan ahli keluarga lain sentiasa berada dalam ketakutan,”katanya.

Susulan laporan dibuat, suspek ditahan tidak lama kemudian dan kini direman selama dua hari mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.

Jika sabit kesalahan, suspek boleh dihukum penjara maksimum tujuh tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali. – Sumber: Sinar harian, Editor: Atila Atasha