Pelakon Kasanova Tabur Janji Manis Kikis Duit Artis Wanita

Gambar Hiasan

Lelaki berwajah tampan serta berbadan sasa dan kelihatan  mewah salah satu pakej lengkap untuk menjadi kegilaan wanita.

Seorang pelakon lelaki berusia 30-an menggunakan kelebihan itu untuk untuk mendapatkan wang dengan mendekati ramai artis wanita serta memberi cinta palsu terutamanya yang sedang mengalami masalah cinta.

Pendedahan seorang pelakon wanita tentang kegiatan kasanova pelakon lelaki  berpunca apabila dia curiga dengan kesungguhan pelakon lelaki itu untuk berkahwin sedangkan mereka baru berkenalan.

Kesungguhan pelakon lelaki sehingga sanggup berjumpa dengan ahli keluarganya membuatkan dia hampir termakan dengan pujukan dan kata-kata manis pelakon lelaki itu.

Pelakon wanita yang enggan dikenali ini mula menyiasat latar belakang pelakon lelaki kasanova dan mendapati ramai artis-artis wanita yang lain telah ditipu oleh pelakon lelaki berkenaan.

Selain golongan artis wanita, golongan lembut juga menjadi mangsa tipu untuk mendapatkan duit dengan berbekalkan paras rupa dan kereta mewah yang hanya di pinjam semata-mata untuk mengaburi mata mangsa-mangsanya.

Wartawan hiburan juga digunakan untuk mengeluarkan artikel berkaitan dirinya yang telah di putar belit mengenai latar belakang kerjayanya untuk meraih publisti dan digunakan sebagai modal untuk meneruskan aktiviti penipuannya.

Seorang pengarah drama turut mengakui bahawa dia mengenali pelakon ini selepas diperkenalkan seseorang agar diberi peluang untuk berlakon.

Semasa sesi uji bakat dilakukan, pelakon kasanova yang mendakwa dirinya  berpengalaman di peringkat antarabangsa ini telah gagal menunjukkan kebolehannya.

Pengarah mula curiga apabila pelakon kasanova ini mengambil masa yang lama untuk menghabiskan bacaan skrip bagi satu muka sedangkan dia mengakui berpengalaman dalam lakonan sehingga peringkat antarabangsa.

Pelakon Kasanova ini juga cuba mendekati pelakon bawah arahan tetapi telah di beri ingatan awal tentang pelakon kasonova ini supaya berhati-hati sewaktu berkawan dengannya.

Kad keahlian Pesatuan Seniman Malaysia (Seniman) turut dimiliki pelakon kasanova ini dan kini sedang dicari polis bagi membantu siasatan berhubung kes penipuan dan peras ugut.

Beberapa laporan polis telah dibuat mengenai pelakon kasanova ini antaranya di Puchong, Serdang, Taman Melawati dan Tanjung Rambutan. Sumber: Mstar Online Editor: Nsuhaili