Jumaat, 8 Disember 2017

Pelakon Lucah Bunuh Diri Kerana Tolak Tawaran Berlakon Bersama Lelaki Gay


August Ames 23, seorang pelakon lucah di temui mati dipercayai bunuh diri. Ini adalah berdasarkan kenyataan rakannya di dalam satu portal The Blast yang mendakwa August Ames mempunyai masalah kemurungan.

Ames yang juga berasal dari Nova Scotia, Canada ditemui mati di Camarillo, California pada pagi selasa.

Masalah kemurungan itu berpunca selepas beliau memuat naik kenyataan di dalam akaun Twitter berkenaan keengganan beliau untuk berkerjasama dengan seorang pelakon lelaki yang pernah berlakon dalam filem gay.

“Mana-mana pelakon (wanita) yang menggantikan saya esok untuk @EroticaXNews, anda berlakon dengan lelaki yang berlakon filem lucah untuk gay. Hanya nak bagi tahu anda saja,” demikian tulis Ames dalam Twitternya.

Ujian perubatan bagi adegan seks gay adalah berbeza ini menyebabkan Ames enggan untuk mengambil bahagian.

Selain dari itu sikap sesetengan pelakon lelaki dalam industri filem lucah yang sanggup berlakon untuk watak gay bagi mendapatkan wang juga mengecewakan Ames.

Kebanyakkan pelakon lucah wanita enggan berlakon dengan pelakon lelaki yang pernah berlakon dalam filem gay kerana percaya mereka lebih berisiko untuk di jangkiti HIV.

Berikutan kenyataan beliau di Twitter , Ames dituduh bersifat perkauman oleh segelintir netizen dan menuntut permohonan beliau.

Sumber polis menyatakan tiada tanda-tanda khianat berlaku malahan lokasi penemuan mayat tidak didedahkan.

Suami Ames , Kevin Moore berasa sedih dengan kematian isteri nya dan mahu semua pihak memberinya ruang  kepada mereka sekeluarga. – MYNEWSHUB.CC


loading...