Khamis, 14 Disember 2017

Pelakon Veteran Latiff Borgiba Meninggal Dunia


SETAPAK: Pelakon veteran Latiff Borgiba, 80 tahun meninggal dunia di kediamannya di Flat Danau Kota, Setapak.

Latiff Borgiba atau nama sebenar Abdul Latiff T.K Gomu meninggal dunia kira-kira jam 3.24 petang tadi  akibat sesak nafas, sakit paru-paru.

Beliau banyak berlakon dalam drama tempatan dan lebih dikenali dengan watak antagonis tetapi apabila memasuki fasa warga emas beliau lebih banyak diberi tawaran untuk watak islamik.


Setelah kerap keluar masuk hospital arwah tidak lagi kelihatan dilayar kaca. Antara filem yang pernah dibintanginya ialah cahaya sakti, anakku suamiku, dang lenggang, penanggal dan lain-lain lagi.

Beliau meninggalkan seorang balu Fatimah Leman, 13 orang anak dan 47 orang cucu. Beliau pernah berkahwin di usia 17 tahun tetapi isterinya meninggal selepas 3tahun berkahwin.

Isterinya, Fatimah berkata,"keadaan arwah agak kritikal sejak dua hari lalu, tidak boleh bercakap serta tidak boleh makan sebaliknya hanya mampu minum dan dipakaikan lampin kerana tidak mampu bergerak". 

Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Taman Ibu Kota, Setapak pukul 10 malam Khamis. Sumber : Mstaronline  Editor : Nsuhaili