Pembunuhan Kejam Taman Pelangi!!! Bukti Baru Ditemui


JOHOR BAHRU – Kejadian pembunuhan seorang ahli kongsi gelap di sebuah stesen minyak di Taman Pelangi pada 17 Disember lalu Polis menemui sebuah kereta BMW putih di syaki  digunakan oleh suspek.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Khalil Kader Mohd. berkata, kereta BMW putih tersebut merupakan salah satu daripada dua kenderaan yang digunakan dalam pembunuhan tersebut.

Pada jam 3.00 petang orang awam telah memaklumkan kepada pihak polis,yang di katakan kereta tersebut ditinggalkan di sebuah kawasan ladang kelapa sawit di Air Baloi, Pontian.

Katanya lagi dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini hari ini. “Kereta tersebut ditemui tanpa nombor plat pendaftaran,”

Polis juga sudah melepaskan empat daripada 15 suspek yang ditahan bagi membantu siasatan sebelum ini,bagi mempercepatkan untuk mendapat bahan bukti.Tambahnya, polis sedang giat memburu tiga lagi suspek berhubung kes pembunuhan itu.

Seorang ahli kongsi gelap berusia 44 tahun mati ditikam dan dilanggar sekumpulan empat lelaki menggunakan salah  sebuah kereta di sebuah stesen pam minyak di Jalan Sri Pelangi, Taman Pelangi, di sini.

Kejadian berlaku kira-kira jam 7.30 malam ketika mangsa bersama-sama seorang wanita warga asing berusia 20-an yang dipercayai isterinya sedang mengisi angin tayar kereta mangsa di stesen berkenaan.

Polis turut mengesahkan mangsa meninggal dunia akibat tikaman,hasil bedah siasat dijalankan pihak Hospital Sultanah Aminah (HSA). – Sumber: Malaysia Gazette, Editor: Amylea Nazrul