Pemuda Bakar Kelab Tarian Bogel Kerana Cemburu Buta


WEST VIRGINIA - Seorang pemuda memberitahu polis bahawa dia telah membakar kelab tarian bogel kerana dia cemburu dan sudah muak dengan teman wanitanya yang masih bekerja di situ, di West Virginia, kata pihak berkuasa.

Pemuda tersebut, Creio Chance Bishop, 21 yang berasal dari Huntington ditahan pihak polis pada Rabu lalu selepas dia dikatakan bertindak membakar Kelab JB Gentlemen yang terletak di West Virginia, Amerika Syarikat (AS).

Difahamkan bahawa Bishop membakar kelab tersebut pada awal Rabu dan telah melarikan diri ke rangkaian pasar raya besar, Walmart yang berhampiran.

Sementara itu seorang saksi yang berada di tmepat kejadian bertindak menghubungi pihak polis mengenai insiden itu selepas Bishop memberitahunya agar membiarkan api tersebut marak dan uruskan hal sendiri,"lapor WSAZ.

Tidak lama kemudian, pihak berkuasa menemui Bishop berhampiran kawasan kejadian dengan sebuah beg sampah berwarna hitam.

Lapor WCHS-TV, "Bishop memberitahu polis bahawa dia sudah letih dengan teman wnaitanya yang bekerja di JB, jadi dia membakar tempat itu."

Dimaklumkan bahawa tiada mangsa dilaporkan cedera dalam kebakaran tersebut tetapi kerugian yang dianggarkan adalah bernilai AS$1,000 (RM4,087).

Pemilik kelab tersebut, Jim Reed memberitahu WSAZ, teman wanita Bishop juga berada dalam bahaya.

"Saya tidak suka melakukannya, tetapi saya terpaksa melindungi perniagaan saya." jelas Reed.

Kata Reed lagi,"Dia mungkin melakukan perbuatan ini lagi. Mungkin lebih buruk masa depan," Sumber: Fox News. Editor: Atila Atasha