Pemuda Bunuh Kemudian Rogol Mayat Siswazah


MAKASSAR, - Kes kematian Martina Marni (21), mahasiswi jurusan Bahasa Inggeris semester 7, Universiti Kristian Indonesia, di Toraja, akhirnya dapat di selesaikan oleh Pegawai Penyiasat Polis Sulsel dengan tertangkapnya suspek Utama kes tersebut.

Suspek pembunuhan Martina,seorang lelaki muda bernama Son@Utta (19), pelajar di  Barombong, Makassar. Utta yang juga warga Kampung Gentengan, Desa Rante Kalua, Kecamatan Mangkendek, Kabupaten Tana Toraja,

Suspek ditangkap oleh pasukan khas Unit Polis Sulawesi Selatan di Desa Barombong, Kecamatan Tamalate, Makassar, pada hari Sabtu (23/12/2017) setelah mendapat maklumat suspek meyembunyikan diri di sana.

Ketua Bahagian Perhubungan  Polis  Sulsel, Dicky Sondani mengeluarkan kenyataan , Pihak Polis Toraja berjaya mendapatkan  identiti suspek pembunuhan mangsa dan suspek diketahui berjaya melarikan diri ke Makassar serta  tinggal di sekitar kompleks Pelayaran Barombong. Pihak Polis  Toraja kemudian berkerjasama dengan pasukkan unit Khas Polis Sulawesi Selatan untuk menangkap suspek.

Menurut Dicky, Suspek mengaku telah membunuh mangsa, setelah itu suspek merogol mayat mangsa dan menyembunyikan mayat mangsa di kawasan semak tidak jauh dari kawasan kejadian. Suspek juga menerangkan Motif pembunuhan adalah kerana mangsa menolak cinta suspek.

" 2 talifon bimbit jenama Samsung milik mangsa juga turut di temui pada suspek ketika di tangkap”," katanya.

Sebelum ini telah heboh penemuan satu mayat perempuan yang  penuh dengan kesan tikaman ditemui di semak-semak tertutupi ranting pokok dan daun di Marrang, Kelurahan Tampo Kecamatan Mengkendek, Kabupaten Tana Toraja, Sulawesi Selatan pada hari Selasa lepas.


Mangsa dikenali sebagai Martina Marni (21), pelajar, Christian University Indonesia Toraja. Mangsa di katakana meninggalkan rumah pada waktu pagi,  tetapi tidak dapat di kesan sehingga mayatnya di temui.