Penat Dituduh Ada Hubungan Dengan Sajat


Usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri tak henti-henti dihentam oleh netizen kerana isu klip video yang dirakamkan di Sepanyol.

Tidak sekadar itu, ada juga netizen yang melampaui batas dengan melontarkan fitnah kepada nya bahawa datuk Aliff Syukri mempunyai hubungan sulit dengan pengasas produk kosmetik Let’s Cantik Nur Sajat.

“Tuduhan yang mendakwa saya ada hubungan dengan Sajat adalah satu perkara yang tidak berasas. Ada khabar nakal yang mendakwa saya sengaja tak mahu membawa Shahida ke Sepanyol.

“Isteri saya tidak mengikuti rombongan kami ke sana kerana dia sedang hamil tiga bulan. Dia tidak selesa untuk menaiki penerbangan selama 20 jam dan risau akan kesihatan dirinya,” katanya dipetik daripada Astro Gempak ketika majlis pelancaran single Abang Nak Tegur semalam.
  
Video nyanyian kedua-dua usahawan kosmetik itu telah dikritik hebat oleh netizen kerana menganggap nyanyian Nur Sajat sebagai perosak akibat suara ‘jantan’nya itu Sebelum ini.

Akibat itu, video berkenaan telah mendapat banyak tanda dislikes berbanding tanda likes daripada penonton yang menonton video berkenaan di akaun YouTube KRU Music.
  
“Pada awalnya saya rasa sedikit tertekan, tetapi saya biarkan sahaja perasaan itu dan tidak mahu memikirkan mengenai tekanan.
  
“Pihak KRU juga melancarkan Abang Nak Tegur 2.0 yang menampilkan suara nyanyian isteri saya.
  

“Alhamdulillah, selepas enam hari dimuat naik, lagu itu mendapat lebih 2.7 juta tontonan di laman YouTube, ia satu perkembangan positif,” tambahnya lagi. Sumber: MYNEWSHUB, Editor : Atila Atasha