Pencabul LRT Akhirnya Ditangkap



KUALA LUMPUR: Seorang lelaki berjaya di tahan oleh pihak polis di percayai terlibat dalam beberapa kes cabul di sekitar Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) pada Khamis lalu.

Suspek yang berusia 28 tahun itu ditahan oleh Polis Selangor selepas dipercayai mencabul dua wanita di Petaling Jaya dan Seapark pada hari yang sama, kata Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mazlan Lazim.

Dalam kejadian lalu, mangsa dikatakan dalam perjalanan ke Gombak telah diraba oleh suspek ketika menaiki escalator di LRT Masjid Jamek dan sempat merakam wajah lelaki tersebut  menggunakan telefon bimbit.

Katanya dalam kenyataan, "kami ada menerima dua aduan kes cabul yang berlaku pada hari sama dalam kejadian di Stesen LRT Masjid Jamek manakala Satu lagi di dalam tren menuju ke Masjid Jamek. Oleh itu kita akan siasat sama ada suspek merupakan pelakunya."

Kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan dan mereka yang mempunyai sebarang maklumat diminta tampil di Balai Polis berdekatan atau hubungi pegawai penyiasat kes, Sarjan Lanny Riong di talian 014-3341886 atau Pegawai Turus Siasatan Seksual/Kanak-Kanak Kuala Lumpur, Deputi Superitendan Shafa'aton Abu Bakar di talian 019-6114224.

Terdahulu, terdapat empat kes gangguan seksual berlaku dalam rangkaian rel Rapid KL direkodkan dan suspek yang terlibat dalam tiga kes telah ditangkap tidak lama selepas mangsa melaporkan insiden tersebut kepada Polis Bantuan yang bertugas di stesen, pada 14 Disember lalu. Sumber: Astro Awani. Editor: Atila Atasha