Pengakuan: Ujian D.N.A Membuktikan Bayi Ini Bukan Anak Artis


Kekecohan berlaku apabila seorang wanita membuat pengakuan dia hamil anak pelakon drama popular tetapi pelakon tersebut di dakwa enggan bertanggungjawab dan menghilangkan diri. Kekecohan ini berlaku pada pertengahan bulan November yang lalu.

Terbaru, mStar Online melaporkan ujian laporan DNA melaporkan bayi tersebut bukanlah hasil dari hubungan dengan mana-mana artis seperti yang di dakwa.

Wanita ini membuat pengakuan dan meminta maaf jika ada yang menjadi mangsa fitnah selepas kenyataannya sebelum ini. Selepas ujian DNA dibuat, ternyata bayi tersebut bukanlah anak artis seperti yang didakwa.

“Saya sudah membuat ujian DNA dan ternyata anak itu bukan hubungan dengan mana-mana artis dan saya minta maaf jika ada yang menjadi mangsa fitnah selepas kenyataan saya tempoh hari,” katanya.

“Saya harap dengan kenyataan saya ini dapat menjernihkan nama mana-mana artis yang terbabit”

Wanita ini memohon agar isu ini tidak di perbesarkan memandangkan dia bakal berkahwin dan memulakan hidup baru.

Akhirnya kata dari wanita itu, “Saya akui kesilapan saya dalam membuat tuduhan melulu dan menyebabkan beberapa artis terkena tempias”.

“Saya juga bakal mendirikan rumah tangga dengan seorang lelaki yang sanggup menerima saya seadanya”.


Diharapkan wanita ini tidak mengulangi kesilapan lalu dan hidup bahagia dan dapat jaga bayi tersebut dengan baik. Sumber : mStar Online, Editor : Atila Atasha