Penuntut Kolej Di Tangkap Kalwat "Kami tak buat apa pun, lagipun dia datang bulan"


KUALA KETIL – Penuntut Kolej di tahan berkalwat bersama teman wanitanya didalam bilik penginapan wanita tersebut, “Kami tak buat apa pun, lagipun dia datang bulan,” antara alasan diberikan.

Skuad Al-Ansar menahan seorang lelaki dan wanita didalam sebuah bilik di rumah sewa pasangannya manakala dua lagi rakan serumah pelajar wanita itu berada di bilik berasingan.

Pengerusi Al-Ansar, Anuar Halimuddin Abu Bakar berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung perbuatan terkutuk itu sekitar jam 5.30 pagi.

“Selepas solat Subuh, kami segera ke rumah yang dimaksudkan dan ketika serbuan dibuat, dua rakan wanita itu membuka pintu rumah.

“manakala pasangan itu pula didapati berada didalam sebuah bilik, mereka mengambil masa agak lama untuk membuka pintu.

“Ketika pintu bilik dibuka lelaki itu menyorok di belakang pintu,” katanya. Sumber: Sinar Harian, Editor: Atila Atasha