Penyelia Di Tikam Sampai Mati 'Gara-gara Cuti Tak Lulus'




DUBAI – Permohonan cuti tidak di luluskan, seorang juruteknik menikam penyelianya bertalu-talu sehingga menemui ajal.
  
Emiriah Arab Bersatu, juruteknik warga Pakistan berusia 25 tahun itu dilapor, suspek bertanya kepada mangsa tentang status permohonan cutinya yang telah dihantar oleh suspek seminggu yang lalu, didalam kejadian di Dubai.
  
Suspek naik berang apabila pertanyaannya tidak di layan, suspek terus menyerang dan menikam mangsa di dada dan perut bertalu-talu mengunakan pisau.
  
Menurut laporan Khaleej Times, suspek juga cuba menyerang rakan sekerjanya menggunakan pisau sama, tetapi gagal apabila rakannya berjaya mengelak dan menjatuhkan pisau tersebut. 

Suspek didakwa di mahkamah Dubai, membuat pengakuan yang dia menikam penyelianya selepas berlaku perbalahan di antara mereka, namun menafikan dia merancang melakukan pembunuhan tersebut.

Seorang saksi yang berada di lokasi kejadian berkata, suspek dipercayai membunuh penyelianya disebabkan konflik kemudahan penginapan dan tempat kerja.


Pasukan perubatan yang memberi bantuan kecemasan terhadap mangsa mengesahkan mangsa maut akibat kecederaan parah pada paru-paru serta hati – Sumber: Astro Awani, Editor: Atila Atasha